Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Menyamar Sultan Melaka dan pergi ke majlis jamuan hari raya pula

BARU-BARU  ini ‘Sultan Melaka’, Raja Noor Jan Shah Raja Tuan Shah hadir dalam jamuan Hari Raya Aidil Fitri bersama-sama anak yatim di Kelab Cinta Sayang, Kedah. Lama tak dengar cerita beliau…tetapi nampaknya ‘gah’ sebagai seorang ‘Sultan’ terus dibawanya hingga ke hari ini. Dilihat berpakaian Diraja berwarna kuning, sedondong dengan ‘permaisurinya’, Raja Noor Jan menjadi tumpuan ramai di majlis tersebut. Raja Noor Jan mula mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka yang ke-44 pada 2005. “Jika saya bukan Sultan sebenar, saya tidak akan buat dakwaan ini,” kata Raja Noor Jan yang mengaku dirinya keturunan Sultan Abdullah Muhammad Shah yang memerintah Perak dari 1851 hingga 1857 tidak lama dulu. “Kami sentiasa berbangga dengan sejarah kami, era kegemilangan Melaka. Tetapi ia tidak diendahkan,” tambahnya. Kesultanan Perak diwujudkan pada abad ke-16 selepas kejatuhan Melaka, oleh anak Sultan Mahmud Shah, sultan Melaka yang terakhir. Sejak penjajahan Portugis pada 151

49 KUMPULAN GENGSTER YANG DIUMUMKAN KDN

BERIKUT SENARAI NAMA 49 KUMPULAN GENGSTER (KONGSI GELAP) DI MALAYSIA.  SENARAI ADALAH MENGIKUT PECAHAN SEMENANJUNG MALAYSIA, SABAH DAN SARAWAK SEBAGAIMANA YANG DIUMUMKAN KDN...... PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengumumkan nama 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara.  Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang media di sini, berkata kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013. Abdul Rahim menjelaskan kumpulan kongsi gelap berkenaan dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.  "Mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau, kuku kambing dan sebagainya," katanya.  Beliau berkata kumpulan kongsi gelap itu ialah:  Geng 04 - ya

Bagaimana Bangunan Setinggi 262 Kaki DiRuntuhkan Di China (7 Gambar).

Sebuah pusat beli-belah yang besar jangka kan dibina di kawasan sekitar bangunan 262 kaki ini di Kunming. Jadi minggu lepas, mereka telah meruntuhkan bangunan ini dengan hanya satu letupan yang besar. Mari kita lihat saat-saat bangunan ini diruntuhkan.

RALAT: Berita Kematian Al-Sisi Tidak Sahih & Tidak Benar

S ebuah portal online, FreeMalaysiaToday (FMT) petang ini telah menyiarkan berita mengenai kematian Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, ketua tentera yang menggulingkan Presiden Dr Mohamed Morsi dan kerajaan pimpinannya dan didapati berita tersebut tidak benar dan tidak dapat disahkan. Al-Sisi dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung. Memetik laporan dari "The Egyptian Gazette" di bawah tajuk “General ‘Hitler’ Sisi has died”, dikatakan rakyat Mesir, dunia Arab dan seluruh penduduk dunia meraikan kematian Al-Sisi. Semakan GB terhadap laman tersebut (The Egyptian Gazette), yang memiliki IP 213.158.162.45, tidak dapat diakses lagi dan tiada sebarang laman agensi berita, samada dalam atau luarnegara ada melaporkan berita kematian berkekenaan. Hanya laman sesawang SILOBREAKER ada menyiarkannya dengan memautkan berita penuhnya itu ke laman asal iaitu The Egyptian Gazette yang tidak dapat diakses. - Blog Greenboc Al Sisi meninggal akibat serangan jantung PETALING JAYA

Al Sisi meninggal akibat serangan jantung

PETALING JAYA: Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, ketua tentera yang menggulingkan Presiden Dr Mohamed Morsi dan kerajaan pimpinannya telah meninggal dunia akibat serangan jantung. Rakyat Mesir, dunia Arab dan seluruh penduduk dunia meraikan kematian beliau, demikian menurut The Egyptian Gazette di bawah tajuk “General ‘Hitler’ Sisi has died” hari ini. Al Sisi dianggap sebagai penjenayah perang kerana terlibat dalam pembunuhan ribuan rakyat Mesir dan menghancurkan demokrasi di Mesir. Ramai yang merasakan bahawa keadilan telah terlaksana. Beliau dilaporkan telah merancang untuk menjatuhkan Morsi sejak hari pertama beliau dilantik presiden dan Al Sisi mendapat bantuan kewangan sebanyak US$1 bilion dari Arab Saudi bagi melakukan kerja-kerja bagi menggulingkan Morsi. Seorang yang dipercayai berbangsa Yahudi, al Sisi merupakan ketua pasukan tentera Mesir dan juga Menteri Pertahanan sejak 12 Ogos2012. Sebagai kepala tentera, beliau memainkan peranan penting dalam kudeta pada Julai lalu

[34 Gambar] Berita Tergempar, Gambar Eksklusif, Sekitar Bas Jatuh Gaung 200 Kaki Genting Highland , Senarai Nama Mangsa Cedera Bas Jatuh Gaung

Sekitar jam 2.25 petang tadi kita di kejutkan dengan berita sebuah bas henti-henti bergerak di KM3 , Jalan Genting ke Kuala Lumpur  mengalami kemalangan jalan raya ( Jatuh Gaung ) . Bas yang di percayai membawa lebih dari 50 penumpang terjunam lebih 50 meter ke dalam gaung. Berita terkini yang saya dapat pada 9.26 PM. Jumlah mangsa yang terlibat di dalam kemalangan di Genting Highland tersebut  , Jantina dan Bangsa mangsa telah pun ketahui. Walaubagaimana pun anjing pengesan ( k9 ) sedang mengesan jika ada saki baki mangsa kemalangan. S ebuah bas terhumban ke dalam gaung di di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur ketika menuruni Genting Highlands petang ini. Sehingga 9 malam ini, seramai 37 orang termasuk pemandu bas disahkan terkorban. Sebelum itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail mengesahkan kemalangan ini. Menurut facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat pula, anggota balai bomba tersebut bergegas ke tempat