Skip to main content

Pengambilan UM (Universiti Malaysia) 2012 Akan Lebih Ketat. Minimum CGPA 3.50 – 4.00!!

pengambilan um 2012 Pengambilan UM (Universiti Malaysia) 2012 Akan Lebih Ketat. Minimum CGPA 3.50   4.00!!
Baru-baru ini kalau anda masih ingat lagi, 5 buah universiti telah dianugerahkan oleh Kementerian pengajian Tinggi autonomi & kuasa baru universiti termasuklah juga Universiti Malaya. Seiring dengan pengumuman tersebut, terbaru melalui Naib Cancelor UM, Tan Sri Dr Ghauth Jasmon telah mengetatkan syarat baru pengambilan UM 2012 bermula September ini.

Antara Syarat Pengambilan UM 2012 Yang Perlu Dicapai Oleh Pemohon :

  1. Permohonan Kursus Kritikal (Perubatan & Pergigian) di UM : Pelajar lepasan matrikulasi atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) perlu memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) maksimum 4.00
  2. Permohonan Kursus Sastera : Pelajar perlu memperoleh keputusan 3.50 dan ke atas
Kalau dilihat rekod terkini kedudukan Universiti Malaysia, UM berada di tangga yang ke 167 daripada kalangan universiti terbaik dunia.
pengambilan um Pengambilan UM (Universiti Malaysia) 2012 Akan Lebih Ketat. Minimum CGPA 3.50   4.00!!
Jadi mereka pastinya mengharapkan kalangan pelajar yang terbaik sahaja diterima masuk ke dalam universiti tersebut apatah lagi mereka memegang status sebagai kalangan universiti yang terbaik di Malaysia. Walaubagaimanapun, kami mengharapkan juga agar kriteria dan syarat-syarat yang diperketatkan ini seiring dengan barisan pensyarah, budaya kerja tidak boleh ditakuk lama, kursus yang ditawarkan, kemudahan dan juga sumber ilmu & akademik pun turut sama dipertingkat.
Dan satu lagi sebelum kami terlupa, berkenaan dengan kemudahan yang kami “highlightkan” itu lebih kepada kemudahan penyelidikan. Kalau boleh pihak atasan UM jangan membiarkan “mereka-mereka” ini terpaksa “beratur” terlalu panjang semata-mata mahu menggunakan instrumen dan kalau boleh elakkan terlalu banyak birokrasi.
Insyaallah kalau ini dilakukan bersama-sama dan mendapat sokongan daripada pelbagai pihak, perjalanan UM untuk meningkatkan kedudukan daripada kalangan universiti terbaik dunia akan bertambah mudah.
P/S : Ada kalangan di sini yang berminat untuk menyambung pengajian di UM? Apa pandangan anda dengan starat terbaru pengambilan UM akan datang ini?

Comments

  1. Satu langkah yang baik oleh UM kerana mensyaratkan CGPA yang tinggi untuk kemasukan pelajar. Langkah lain ialah menukar pegawai-pegawai bukan akademik kepada mereka yang dapat membantu UM mencapai taraf dunia. Pegawai-pegawai bukan akademik yang berfikiran kuno tidak wajar diberi tempat di institusi yang gah seperti UM

    ReplyDelete

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-