Skip to main content

Pilihanraya Kampus : Pentadbiran Universiti Mula Buat Onar

Kuala Lumpur, 20 Feb : Menjelang musim Pilihanraya Kampus yang sentiasa menjadi perhatian mahasiswa dan warga kampus seluruh Malaysia, keadilan dan pilihanraya bersih sudah tentu menjadi idaman semua pihak.
Namun, belum pun ‘start enjin masuk gear satu’, sudah ada kedengaran suara-suara sumbang kecewa dengan pendekatan pihak universiti di beberapa buah kampus.
Di Universiti Malaya, terdapat berita menyatakan pentadbiran universiti telah menyekat warga kampus untuk mengakses menggunakan laman pencarian ‘Google.com’ dan beberapa perisian software menonton video juga ditutup.
Menurut sumber, situasi itu dikhabarkan berlaku setelah mahasiswa mula kembali ke kampus semester ini.
Pencarian menggunakan ‘Google.com’ merupakan antara yang popular diakses ketika ini dan sekatan terbabit membuatkan warga kampus UM mula tertanya-tanya dan mempertikai tindakan pihak pentadbiran.
Facebook, Youtube disekat di UPSI
Sementara itu, di Universiti Pendidikan Sultan Idris, masalah tidak dapat mengakses laman sosial Facebook dan Youtube dikesan bermula penghujung semester lalu sehingga awal semester ini, dipercayai mulai pukul 7 malam sehingga 7 pagi.
Menurut Exco Kebajikan dan Perkhidmatan MPP UPSI, Amirul Afzan, pentadbiran tiada alasan untuk sekat dua laman popular terbabit.
“Tidak ada alasan yang kukuh bagi pihak pentadbiran menyekat laman sosialFacebook dan Youtube kepada semua pengguna Upsijaring.
“Kerana banyak manafaat yang boleh digunakan dalam dua laman ini kepada mahasiswa dan mahasiswi UPSI”.
Beliau turut mempersoal apakah yang ditakuti pihak pentadbiran sehingga mahu menyekat kedua-dua laman berkenaan. – GZDaily

Comments