Skip to main content

UiTM Student Portal Login Bermasalah Untuk Diakses? Harap Diperbaiki

Sebenarnya masalah sebegini bukan melibatkan student portal UiTM semata tetapi student portal daripada universiti yang lain juga turut mengalami masalah yang sama.
Mungkin ketika ini laman UiTM Student Portal Login sudah kembali pulih seperti biasa. Baguslah. Tetapi laman student portal tersebut sudah kembali pulih disebabkan penggunaannya tidak sesibuk seperti sebelum ini. Kalau tidak……..
Seperti yang dialami kebanyakan penuntut UiTM yang sebelum ini terpaksa menunggu berhari-hari lamanya setiap kali mereka mahu buat semakan keputusan semester masing-masing dek kerana kesibukan yang dialami oleh server UiTM itu sendiri. Situasinya di sini, walaupun keputusan semester sudah pun keluar, tetapi pelajar-pelajar terpaksa menunggu sekian lamanya untuk melayari UiTM Student Portal Login.
Semua orang tahu, pelajar UiTM memang sangat ramai sehingga mencecah ratusan ribu. Tetapi peningkatan bilangan pelajar mestilah seiring dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti juga. Kasihan pelajar-pelajar ini. Kalau yang ada sambungan internet di rumah mungkin tak mengapa lagi. Kalau yang tiada? Yang terpaksa berulang-alik ke cybercafe seperti “menunggu buah yang tidak gugur-gugur lagi”, bagaimana? Harap pihak universiti ambil perhatian perkara penting sebegini. Dengarlah rintihan pelajar universiti kesayangan anda ini.
Memang tidak dinafikan adakala student portal tersebut boleh dilayari oleh pelajar semasa membuat semakan keputusan semester mereka kerana mereka bijak memilih masa untuk membukanya. Tetapi jika pelajar lain juga buka pada masa tersebut, waktu yang sama secara serentak, sama juga situasinya, akhirnya masalah takkan selesai.
Kalau di negara lain, susah nak jumpa masalah sebegini. Tapi tak mengapa. Mungkin masalah sebegini tidak terus berlarutan. Harap begitulah. Pihak universiti perlu setup server yang lebih baik dan berprestasi tinggi dan tingkatkan lagi kelajuan server universiti yang ada sekarang. Kos? Rasanya bukan satu masalah besar bagi UiTM bukan? Pokok pangkalnya BERTINDAK!!! UiTM mahu jadi universiti tersohor bukan? Kelajuan semasa melayari laman web universiti pun sangat-sangat penting.
Tiada gunanya, pelajar universiti anda mempunyai kelajuan internet yang tinggi, tetapi jikalau prestasi server tidak dinaiktaraf, tiada guna juga.
P/S : UiTM Student Portal Login akan mengalami masalah lembab + semput setiap kali pelajar mahu daftar matapelajaran dan semak keputusan semester. Bagaimana pelajar daripada universiti lain?

Comments