Kuala Lumpur, 16 Feb : Lima Kedai Siswa 1Malaysia (SiswaSave) telah siap untuk beroperasi di lima IPTA yang dilancarkan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Khaled hari ini melancarkan Kedai Siswa 1Malaysia di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Selain UIAM, kedai berkenaan juga dibuka di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UtEM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
“Lapan lagi Kedai Siswa akan dibuka dalam masa terdekat.”, ujarnya.
Beliau berkata pembukaan Kedai Siswa 1Malaysia di 13 IPTA itu dirancang dengan kerjasama Koperasi Usahawan Siswa (Kosiswa) IPT masing-masing.
Harga kompetitif
Beliau turut menyatakan kedai berkenaan akan menawarkan harga barangan yang kompetitif berbanding kedai runcit luar kampus yang dapat mengurangkan beban penuntut universiti selepas ini.
Sehingga kini, terdapat 153 koperasi di IPT awam danswasta termasuk politeknik, kolej komuniti dan kolej swasta didaftarkan.
Katanya, jumlah keanggotaan koperasi seramai 198,205 orang di IPT berjaya mengumpul modal berjumlah RM87.19 juta dan menjana perolehan RM112 juta daripadaaktiviti perniagaan.
Sehubungan itu, beliau mahu IPT di seluruh negara bergiat aktif dalam kegiatan koperasi bagi merealisasikan Dasar Koperasi Negara yang mensasarkan penubuhan 1Koperasi 1Universiti menjelang 2020. - GZDaily
Comments
Post a Comment
Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-