Skip to main content

Orang Cina Maju Ke Depan Sambil Pemimpin Melayu Terus Menikus Kecuali Seorang

Perdebatan antara dua pemimpin parti MCA dan DAP yang berlaku Sabtu lepas aku harapkan dapat menjadi satu titik tolak politik Malaysia yang lebih open di mana pemimpin berani menyuarakan pandangan dan biarkan rakyat jadi judgenya.

Sayangnya pemimpin UMNO masih lagi menyorok belakang media dan takut nak bercakap secara direct depan rakyat. Nak kata takde medium, RTM dia punya, radio berlambak..jadi apa lagi alasannya? Dalam sebuah negara yang majoritinya Melayu, pemimpinnya Melayu dan PM nya Melayu..kaum minoriti jugaklah yang menunjukkan the way forward kepada kita.

Tak malu ke parti Melayu?Mungkinkah anda sebenarnya lebih takut malu dimalukan dalam debat? Ni zaman Malaysia nak maju. Propaganda menjual air liur semata-mata diiringi duit RM500 tak berkesan. Orang ramai sekarang tak ramai yang tanya "Kenapa kami perlu menyokong anda?"

Sekarang kita tanya "Beritahu kami kenapa anda nak pimpin kami?"

Ini adalah satu masalah besar kepada pimpinan BN kerana mereka tidak pernah mendapat tentangan selama ni jadi they are unprepared. Sebab tu kita boleh nampak benda2 sudden terjadi macam kempen Ah Jib Gor, kempen 1Malaysia melalui barangan subsidi, kedai rakyat 1Malaysia,duit Bantuan Rakyat 1Malaysia...

This is not good governing. Kerajaan yang baik adalah kerajaan yang futureproof, yang penuh dengan idea baru yang mampu membawa Malaysia lebih baik. Bukannya bagi orang ramai RM500 dan kemudian claim "kita telah melahirkan ramai billionaire atas bantuan kerajaan." Instead of focusing on how many billionaire kita ada, kenapa tak kita kaji "kenapa ramai benar yang memerlukan bantuan rakyat 1Malaysia tu"

Kalau takut nak berhadapan dengan orang ramai kerana takut lidah kelu sebab tak ada teks ucapan...tak payah jadi menteri. Kalau diajak berdebat tapi alasan yang digunakan adalah "berdebat bukan budaya kita.." apa jenis menteri yang dilantik kerajaan sekarang ni? Berapa IQ mereka ni? Ada Master tapi bercakap macam budak habis UPSR. Kalau Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng berani memulakan satu trend politik yang lebih baik untuk Malaysia,diharapkan agar ramai menteri2 kita pun berani turut sama mengikut perubahan ini.

Aku tak suka Chua Soi Lek. Tapi kalau negara kita kena mengharapkan orang macam dia untuk mewujudkan budaya yang lebih baik di sebuah negara yang majoritinya Melayu...mana nak letak muka pemimpin Melayu? Chua Soi Lek adalah seorang yang anti Islam. Kat mana stand Barisan Nasional dalam bab tu dan apa yang dimusuhi sangat orang DAP tu? Sebab dia cuba tolong gadis Melayu satu masa dulu?

Aku harap Lim Guan Eng sahut cabaran Ibrahim Ali berdebat dalam BI. Mesti kelakar...mesti banyak TALK SHIT TALK SHIT. Ibrahim Ali ni berani memang berani..tapi sampah sangat ke level pemimpin Melayu sampai terpaksa bergantung dengan pemimpin sebegitu rupa sebagai lidah rasmi mereka?

ps - Hadi Awang pun dah cabar Najib berdebat....


http://cursingmalay.blogspot.com/

Comments