Skip to main content

10 Ciri Ciri Perempuan Pisau Cukur Atau Kaki Kikis


wanita pisau cukur
Pisau Cukur! Jangan terperanjat, ini bukan suatu gurauan! Perkara ini memang selalu berlaku dikalangan kita. Perempuan pisau cukur sebenarnya cukup pandai bermain dengan perasaan dan menangguk di air yang keruh. Peliknya si lelaki pula seakan tidak kisah dan sanggup mengeluarkan wang demi kekasih hatinya! Kononnya demi cinta yang tulus ikhlas terhadap teman lelaki.
Untuk si wanita, anda digalakkan juga membaca info ini setidak-tidaknya jika ada adik lelaki atau abang anda, bolehlah tahu serba sedikit sama ada teman wanita mereka kaki kikis atau tidak? Jom kita kenali ciri-ciri wanita agak-agak gedik disamping “mangsa” yang akan dicukur.
  • Di awal perkenalan si dia banyak memainkan peranan menggoda lelaki dengan menggunakan semua aset yang dimilikinya
  • Perempuan pisau cukur ini kebanyakannya cepat mesra dengan lelaki yg baru dikenali dan bijak bermain dengan kata-kata. Pada mulanya si dia tidak minta apa-apa tetapi lama-lama botak kepala lelaki menunaikan setiap permintaannya
  • Perempuan pisau cukur berperwatakan seperti perempuan mewah yang memiliki segalanya. Ini bagi menyakinkan lagi lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta lelaki untuk jadi senang. Namun harus diingat semua itu hanya lakonan semata-mata. Di awal perkenalan kalau anda serius hendak menjalinkan hubungan dengan wanita idaman hati rajin-rajinlah bertanya teman rapat dia bagaimana lifestyle dan perbelanjaan dia
  • Agak seksi dan menggoda. Maklumlah cara ini sahajalah yang boleh membuat lelaki cair. Seksi dalam konteks ini ialah dari segi penampilan mereka. Wanita-wanita ini akan gunakan senjata “keseksian” mereka untuk menjerat lelaki
  • Biasanya perempuan pisau cukur ni mempunyai sejarah pahit dalam kehidupan mereka. Umumnya mereka ini anti lelaki. Contohnya anak jadi mangsa rogol ayah sendiri. Apabila usianya semakin meningkat, dia merasakan semua lelaki tidak boleh diharap dan dia menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki
  • Mulalah minta itu dan ini setelah agak lama berkawan. Tetapi kebiasaannya ia akan bermula sedikit demi sedikit. Mungkin di awalnya si dia akan minta topup, kemudian minta lelaki tersebut hadiahkannya telefon bimbit sahaja. Tetapi selepas itu sikit demi sedikit dia mainkan peranan
  • Tidak ada perasaan cemburu dan dalam masa yg sama tidak kisah walaupun tahu lelaki itu sudah berkahwin asalkan banyak harta perempuan pisau cukur tetap akan goda sampai dapat
  • Mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja tanpa ada sebarang sekatan. Apa yang penting tempat yang dituju, mereka ini sering mengajak anda ke tempat bershopping and sangat gemar bersosial tidak tentu hala, sila berjaga-jaga pasti duit anda akan melayang
  • Akan merahsiakan latar belakang keluarganya. Walaupun anda sudah berkawan dengannya hampir 6 bulan, tetapi anda masih tidak tahu dari mana asalnya dan siapa ibu bapanya. Apabila di tanya dia lebih suka mengelak dan berdalih
  • Apabila lelaki yang dikikisnya sudah tidak boleh beri apa-apa manfaat padanya lagi, dengan mudah dia mencari kesalahan lelaki tersebut. Biarpun apa yang dikatakannya tidak masuk akal. Tetapi alasan-alasan yang di ciptanya memang sukar untuk dibidas
Wahai lelaki..! Semoga info dan tips yang diberikan, anda dapatlah bersiap sedia agar anda boleh bertindak sebelum anda dihanyutkan dek pujuk rayu wanita jenis pisau cukur ni.
Wahai wanita,! Berubahlah. Jangan jadi materialistik. Jangan jadi kaki kikis. Jangan jadi pisau. Kita hidup dan berbelanja biarlah dengan kemampuan kita. Kalau rasa diri sendiri tidak mampu, jangan cari ‘mangsa’ untuk ‘memampukan’ keinginan kita yang tinggi tu. Segala anugerah Tuhan kepada mereka disalahgunakan untuk mencari jalan yang tidak diredhai oleh-Nya.
Sumber: Notahati.com

Comments