Skip to main content

Posts

Politik di UiTM

UiTM begitu dikenali sebagai satu IPTA yang mengongkong mahasiswanya terlibat secara terus dengan pelbagai aktiviti politik, tetapi dalam masa yang sama, segala aktiviti politik beraliran kanan dibenarkan, di manakah ketelusan dalam memberikan kebebasan berpolitik itu sendiri kepada mahasiswa yang rata-rata sudah matang dan melepasi umur layak mengundi. Baru-baru ini, satu status update di dalam facebook pages Dato VC kita mengenai politik dimana Dato' menjawab dengan satu jawapan ringkas " Ayuna nak takut apa? Kita sama2 Melayu dan bumiputra." (rujuk:  sini ) Jika difahami melayu yang dimaksudkan disini adalah tidak bukan adalah parti politik beraliran Kanan, sehingga terdapat satu komen di wall tersebut dari Encik Amran Ahmad yang berkata "Sebagai seorang bapa keputusan saya hantar anak saya ke UiTM untuk di serap fahaman politik pro Kerajaan", Status update tersebut mendapat respon yang meluas dari mahasiswa UiTM sendiri di mana rata-rata sudah muak...

GAMIS SERU MAHASISWA TURUN BERSIH 3.0

Kenyataan Rasmi Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyeru seluruh mahasiswa Malaysia untuk bersama-sama menyokong Duduk & Bantah BERSIH 3.0. GAMIS menyatakan sokongan penuh terhadap 8 tuntutan Bersih untuk mendesak kerajaan melakukan reformasi menyeluruh ke atas sistem pilihanraya di Malaysia. GAMIS mewajibkan seluruh ahlinya untuk bersama-sama hadir di Dataran Merdeka pada 28 April ini. GAMIS pada hari tersebut akan bersama-sama 84 NGO yang lain dan seluruh rakyat Malaysia di 41 buah bandaraya dan 14 negara akan berhimpun secara serentak untuk menyatakan solidariti bagi menutut pilihanraya yang lebih adil dan bersih. Mahasiswa Mesti Turun GAMIS melalui Presidennya, saudara Akram Ikrami Taib Azamuddeen, menyatakan mahasiswa selaku golongan terpelajar dan terdidik wajar bersama-sama BERSIH 3.0 sebagai menunjukkan solidariti dan kesungguhan untuk menolak sebarang ketidakadilan dan kepincangan dalam pelaksanaan pilihanraya di Malaysia. Menurutnya lag...

Pelakon Bukit Kepong temui Mohamad Sabu

KLANG:  Media Umno menobatkan kononnya Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menghina pengorbanan anggota polis ekoran peritiwa Bukit Kepong. (Pelakon filem Bukit Kepong, Shamsudin Baslah bersalam dengan Mohamad Sabu) Namun, bagi pelakun filem Bukit Kepong sendiri, beliau tidak nampak itu yang dibuat oleh Mohamad bahkan kenyataan Mohamad telah memberikan implikasi baik kepada bekas-bekas polis yang selama ini terbiar. Bahkan, balu anggota polis Bukit Kepong yang selama ini terbiar menerima pencen yang tidak pernah diterimanya sejak tahun 1962. Baru-baru ini, pelakon filem Bukit Kepong arahan Datuk Jins Shamsudin itu, Shamsudin Baslah yang memegang watak Mata-Mata, Abdul Khadir b. Jusoh telah menyertai Parti Keadilan Rakyat. Beliau juga sempat bertemu dengan Mohamad Sabu ketika beliau dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat ketika berceramah di Taman Rakyat, Sri Andalas, Klang. Bagi pemerhati politik, ia memberi tamparan hebat buat Umno BN yang kononnya memperjuangka...

Jawatan Mufti Akan Dinaik Taraf Setara Exco Kerajaan Negeri

BANGI : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata jawatan mufti akan dinaik taraf setara dengan Exco kerajaan negeri dan akan menerima faedah yang serupa diperoleh Exco. Beliau berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) di Putrajaya hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut dihadiri menteri-menteri besar, Exco agama dan Majlis Agama Islam negeri-negeri seluruh negara. "Setaraf ini misalnya daripada segi taraf, protokol, penggajian, elaun serta kemudahan yang diguna pakai oleh Exco, kita mengangkat taraf mereka ini agar pengurusan pentadbiran agama dilihat dengan baik dan mempunyai penghormatan yang tinggi," katanya kepada pemberita di sini, Selasa. Beliau berkata proses naik taraf jawatan itu akan diuruskan di peringkat negeri dan akan dilaksanakan sebaik mendapat perkenan Sultan dan Yang Dipertua Negeri masing-masing. Jamil Khir berkata t...

Benarkah Ini Jubah Rasulullah SAW Dan Puterinya?

Tidak dinafikan sama sekali bahawa Muhammad SAW merupakan ikon dan idola paling agung di dalam sejarah peradaban manusia sejagat yang tiada tolok banding taranya. Juga tidak dinafikan juga bahawa puteri Baginda, Fatimah Az-Zahra AS juga merupakan contoh terbaik kepada seluruh golongan hawa di mana beliau merupakan wanita kedua terawal dimasukkan ke dalam syurga sebagaimana yang dijamin ayahandanya, Rasulullah SAW. Bagaimanapun, setelah Rasulullah SAW dan puterinya wafat lebih seribu tahun lalu, barang-barang peribadi peninggalan dua insan istimewa ini turut menjadi perhatian dan menjadi sesuatu yang sangat tidak ternilai kepada seluruh umat Islam. Antara barangan yang dikatakan milik peribadi peninggalan Rasulullah SAW dan Fatimah AS ialah dua helai jubah lusuh yang didakwa milik kekasih Allah dan puterinya itu. Sekali pandang, mungkin ramai yang teruja melihat dua helai jubah tersebut. Mungkin kalau boleh, seluruh umat Islam mahu memiliki, memeluk dan mencium jubah ter...

Nenek Selamba ‘Belasah’ Buaya!

KOTA BELUD – Tindakan berani seorang wanita warga emas memukul kepala seekor buaya menggunakan tongkat kayu menyelamatkan dirinya daripada dibaham reptilia ganas itu dalam kejadian di Kampung Tempasuk Dua, di sini. Dalam kejadian jam 5 petang Selasa lalu, Luayoh Kindurus, 74, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai mengerjakan sawah sebelum kaki kirinya tiba-tiba disambar buaya, ketika melalui titi kayu untuk menyeberang parit selebar satu meter. “Ketika melangkahkan kaki di atas titi kayu itu, tiba-tiba kaki kiri saya disambar buaya. “Saya tidak panik sebaliknya cuba lawan buaya itu dengan memukul kepala reptilia ganas berkenaan menggunakan tongkat kayu. “Pukulan itu mengenai mata buaya itu, menyebabkan ia melepaskan kaki saya,” katanya ketika ditemui menerima rawatan, di Hospital Kota Belud, di sini, semalam.  (Harian Metro)

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7) Jodoh  adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah  jodoh  kita : 1. Bersahaja Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perha...