Adsense Link 728 X 15;

Followers

KETUA NOMBOR 2 PENGGANAS DISAHKAN MATI TERBUNUH

Posted by Haluan Kiri Monday, March 11, 2013 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300

Satu daripada 18 mayat penceroboh militan yang dihantar ke Hospital Lahad Datu malam tadi, dipercayai ketua kumpulan itu berpangkat jeneral yang dikenali sebagai Komander Musa.

\
Komander Musa dipercayai orang nombor dua pasukan pengganas selepas Agimuddin Kiram.

“Satu mayat itu macam rupa Komander Musa,” kata Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan.

Beliau berkata mayat yang dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu di Felda Sahabat, kira-kira 130km dari sini, telah reput dan proses bedah siasat akan dibuat pakar patologi dari Hospital Pulau Pinang.Musa, yang mengetuai kumpulan pengganas Sulu dikatakan melarikan diri dari Kampung Tanduo dan memasuki Kampung Tanjung Batu sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut menyaksikan 31 pengganas Sulu maut.

Ketua Polis Daerah Supt Shamsudin Mat berkata, sembahyang jenazah akan diadakan untuk pengganas yang terbunuh pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

“Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesama Islam, biarpun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka dicucuri rahmat,” katanya, tanpa menyatakan lokasi pengganas itu akan dikebumi.-BERNAMA
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com