Skip to main content

Iklan Di Televisyen / Surat Khabar / Poster Menipu ? Tak Seperti Apa Yang Kita Beli ?




Pengiklanan Memberitahu

Digunakan secara intensif bagi keluaran baru yang ingin diperkenalkan, tujuannya adalah untuk memberitahu pengguna berkenaan kewujudan sesuatu produk dan cuba untuk membina permintaan utama. Contohnya iklan susu kanak-kanak yang terkandung di dalamnya pelbagai jenis vitamin yang diperlukan oleh kanak-kanak. 

Pengiklanan Memujuk 

Digunakan secara meluas apabila persaingan antara jenama meningkat. Di sini, objektif pengiklanan adalah untuk memujuk pengguna memilih jenamanya berbanding pesaing lain dengan mempamerkan kelebihan dan keberkesanan produk atau perkhidmatan yang di tawar 

Pengiklanan Perbandingan 

Merupakan pengiklanan yang membandingkan jenama keluaran syarikat dengan jenama lain sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, contohnya perbandingan di antara sabun Breeze dengan cap X. 

Pengiklanan Peringatan 

Penting untuk keluaran yang telah mencapai tahap matang. Ia bertujuan untuk mengekalkan ingatan pengguna terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Pengguna diingatkan agar mereka membeli jenama tersebut. Contohnya iklan Milo yang mengingatkan pengguna sekiranya ingin menjadi sihat dan kuat mereka perlu minum Milo. 

Jadi jangan harapkan apabila seperti apa yang di iklankan akan 100 peratus sama, produknya sama mungkin saiznye yang berbeza :) 

Ok meh acik ada sedikit video untuk beri contoh keterangan iklan yang di tunjukkan oleh MCD bagi menjelaskan isu saiz di gambar produk yang mereka siarkan ..click di bawah

Comments