Adsense Link 728 X 15;

Followers

Awas! Jersi Euro Yang Beracun

Posted by Haluan Kiri Saturday, June 9, 2012 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300

LONDON: Jersi rasmi sembilan pasukan yang beraksi di Euro 2012 dikesan dicemari dengan plumbum, nikel dan bahan toksid.

Jersi pasukan Poland yang menggunakan komponen untuk menghalang bau peluh dikesan boleh bertukar menjadi toksid kepada sistem saraf.

Organisasi Pengguna Eropah (BEUC) menganggap kandungan bahan kimia itu sebagai membimbangkan.

Jersi rasmi Euro 2012 sudah berikan ‘kad merah’ oleh kumpulan pengguna itu sebelum sepak mula bermula kerana dicemari dengan plumbum, nikel dan unsur toksid yang lain.

BEUC menggelarnya sebagai ‘permainan bahan kimia’ selepas menguji sembilan jersi rasmi kejohanan itu.

“Semua kandungan bahan kimia yang ditemui mencetuskan kebimbangan,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, salah seorang ahlinya tidak mahu perkara itu diperbesarkan. Jurucakap kumpulan pengguna di Belgium, Test Achat iaitu Jean-Philippe Ducart berkata ‘tidak perlu bersandiwara’.

Merujuk kepada kuantiti ditemui, beliau berkata kepada AFP: “tiada apa yang haram walaupun perhatian khusus diperlukan buat mereka yang mudah terdedah kepada bahaya seperti kanak-kanak.” Pengarah BEUC, Monique Goyens berkata plumbum dan logam berat ditemui pada enam daripada sembilan jersi iaitu Sepanyol, Jerman, Ukraine, Russia, Perancis dan Itali.

Menurutnya, pemain dari Portugal dan Belanda pula beraksi dengan menggunakan jersi yang mengandungi nikel.

Sehubungan itu, katanya, jersi pasukan tuan rumah, Poland seharusnya diharamkan di pasaran kerana mengandungi komponen untuk menghalang bau berpeluh – organotin – yang boleh menjadi toksid kepada sistem saraf.

Nonylphenol yang boleh memberi kesan buruk kepada sistem endokrin dan diharamkan daripada sisa air buangan kerana boleh mencemarkan alam sekitar, ditemui pada jersi pasukan Sepanyol dan Itali.

“Ketika pemain membayar sehingga 90 euro (RM357) untuk sesetengah jersi, sekurang-kurangnya mereka menjangkakan untuk mendapat produk yang berkualiti dan selamat,” kata Monique. – Agensi
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com