Adsense Link 728 X 15;

Followers

Warga emas mati kerana terlebih makan

Posted by Haluan Kiri Sunday, September 25, 2011 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300
KIEV: Ungkapan “makan sampai mati” mendapat takrif baru dalam pertandingan makan ladu di Ukraine, awal minggu ini.

Media tempatan melaporkan, Ivan Mendel, 77, diumum juara selepas berjaya menghabiskan 10 ladu- dikenali sebagai vareniki di Ukraine - dalam tempoh 30 saat.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas diisytihar sebagai juara, Mendel dilaporkan sakit sebelum dikejarkan ke hospital. Dia disahkan mati tidak lama kemudian.

Vareniki dihasilkan dengan tepung dengan intinya boleh diperbuat daripada pelbagai bahan, termasuk ceri, cendawan, kentang dan daging.

Pada 2008, seorang penuntut kolej berusia 23 tahun mati ketika menyertai pertandingan memakan pau di Taiwan.
Pertandingan itu adalah acara tahunan dan 60 pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan untuk menghabiskan sebanyak mungkin pau.

Mangsa kemudian dilaporkan muntah tidak berhenti-henti sebelum tidak sedarkan diri. Seorang lelaki Wales juga menemui ajal selepas menyertai pertandingan memakan kek pada 2008. - AP
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com