Adsense Link 728 X 15;

Followers

BUKTI NYATA: Pentadbiran Kerajaan PR Jauh Lebih Baik Dari BN

Posted by Haluan Kiri Sunday, October 30, 2011 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300
Data-data terkini menunjukkan prestasi negeri-negeri di bawah kerajaan Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada kerajaan sebelumnya, Barisan Nasional.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui twitternya meminta rakyat Malaysia melakukan perbandingan dengan akal yang waras, harakahdaily dipetik. Sbuah jadual memperlihatkan perbandingan berkenaan dengan pendapatan beberapa hasil utama kerajaan-kerajaan negeri semasa di bawah Pakatan Rakyat berbanding dengan semasa dibawah BN.

Di negeri Selangor misalnya, hasil pendapatan daripada pasir, pada tahun 2008, Selangor mencatatkan keuntungan sebanyak RM8.17 juta, pada 2009 RM13.76 juta dan sehingga Jun 2010, RM15.30 juta. Sedangkan semasa BN, pada tahun 2005, pendapatan hasil pasir hanya sebanyak RM3.54 juta, pada 2006 RM4.3 juta dan pada 2007 RM4.29 juta.

Di negeri Kedah, hasil pendapatan daripada pembalakan menunjukkan peningkatan amat ketara selepas Kedah diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Sewaktu Kedah diperintah oleh BN, pada 2007 hasil pembalakan cuma RM8 juta tetapi selepas diambil alih oleh Pakatan Rakyat, pada tahun 2009, hsil pendapatan dari balak melonjak RM38 juta dan meningkat lagi pada 2010 kepada RM53 juta.

Bagi negeri Pulau Pinang, bagi pendapatan MPSP kerajaan Pakatan Rakyat telah berjaya menukar semua angka-angka kerugian yang dialami semasa kerajaan BN semenjak tahun 2001-2007 kepada keuntungan selepas ditadbir oleh Pakatan Rakyat pada tahun 2008, 2009 dan 2010. Malah bagi tahun 2010 sehinnga Oktober sahaja, pendapatan MPSP sudah menjangkau RM54.59 juta.

Bagi negeri Kelantan perbandingan dilakukan mengenai hasil pendapatan balak selama 4 tahun pemerintahan BN dan 4 tahun di masa PR(PAS).

Bagi tempoh 1985-1989 semasa di bawah BN, hasil pendapatan balak hanyalah RM8 juta. Tetapi bagi tempoh 1994-1998 semasa di bawah PR(PAS), hasil pendapatan balak melonjak kepada RM355.85 juta.


Sumber : Greenboc
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com