Adsense Link 728 X 15;

Followers

Keretapi Rempuh Lori Minyak Depan Airport Kota Kinabalu

Posted by Haluan Kiri Monday, October 31, 2011 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300



SEBUAH keretapi yang sedang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Papar merempuh sebuah lori minyak di sebuah simpang jalan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 5.30pm.

Beberapa orang penumpang keretapi berkenaan mengalami kecederaan manakala jumlah kematian tidak dapat dipastikan.

Saksi-saksi yang melihat kejadian tersebut mendakwa ada mendengar letupan diikuti oleh kebakaran yang besar.

Asap tebal yang menjulang ke langit boleh dilihat dari pusat bandar yang terletak sejauh kira-kira lima km.

Keretapi tersebut disahkan sebagai dalam perjalanan menuju ke Papar berdasarkan kepada jadual harian yang didapati dari pusat kawalan.

Kecelakaan itu juga menyebabkan jalan sesak teruk di waktu puncak, terutama apabila pengguna jalanraya memperlahankan kenderaan untuk menyaksikan kejadian tersebut.

Berikut antara rakaman kejadian oleh saksi yang berada di sekitar kawasan kemalangan tersebut.


Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com