Adsense Link 728 X 15;

Followers

Pidato politik: Kami minta penjelasan NC UiTM

Posted by Haluan Kiri Monday, November 14, 2011 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300
KUALA LUMPUR, 13 Nov: Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) meminta  penjelasan daripada Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkenaan dengan Pertandingan Pidato Politik anjuran Pemuda Barisan Nasional yang diadakan di Dewan Seminar HEA, Menara UiTM (SAAS), Shah Alam pagi tadi yang terang-terangan berunsurkan politik.



“Mahasiswa merasakan keterangan Naib Canselor UiTM bertajuk ‘tidak perlu pinda Auku’ hanyalah sekadar retorik semata-mata,” kata Presiden Kami, Haziq Abdullah Abdul Aziz dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya inginkan penjelasan daripada NC UiTM di atas percanggahan di dalam keterangan Sahol dengan apa yang terjadi pada hari ini.

“Kalau betul tidak mahu mahasiswa berpolitik, jangan bagi kebenaran kepada mana-mana parti politik masuk ke kampus,” katanya.

Tambahnya, tindakan memberi kebenaran kepada parti politik masuk ke kampus sebenarnya akan menimbulkan keraguan kepada masyarakat khususnya mahasiswa.

“Sejujurnya Kami tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan VC UiTM yang mengatakan penglibatan mahasiswa dalam politik akan menyebabkan perpecahan,” katanya lagi.

Katanya, kenyataan VC UiTM bahawa pindaan Auku akan mengancam keamanan serta kesepakatan penuntut Bumiputera dan Melayu di universiti itu dikira sebagai sesuatu yang tidak relevan.

Beliau meminta diberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk meluahkan pendapat walaupun bercanggah dengan apa yang dimahukan oleh pihak universiti.

Ujarnya lagi, tindakan mengongkong mahasiswa sebenarnya tidak membawa apa-apa faedah malah akan melahirkan mahasiswa yang tidak kritikal, konservatif serta jumud dalam berfikir.

“Kalau dah orang politik pemerintah boleh dibawa masuk ke kawasan kampus, apa salahnya berikan sahaja kebebasan kepada mahasiswa untuk berpolitik.

“Jangan pula nanti cakap lain tapi buat lain,” katanya.
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com