Adsense Link 728 X 15;

Followers

Kenapa Rel Kereta Api Banyak Batu Kerikil?

Posted by Haluan Kiri Sunday, December 9, 2012 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, kalau yang perasan mesti ada yang tertanya-tanya kenapa banyak batu kerikil di sepanjang landasan kereta api. Mengapa sengaja diletak dan apakah fungsinya? Meh baca ni
1. Fungsi batu kerikil pada rel kereta api adalah sebagai padatan pemberat. Dengan adanya lapisan batu kerikil ini rel dapat tetap berdiri dengan stabil. Sehingga kereta api yang berjalan di atasnya pun dapat berjalan dengan baik.
2. Batu kerikil ini juga berfungsi untuk menyerap getaran (shock absorber) yang berlaku ketika kereta api sedang melalui. Sehingga goncangan yang berlaku ketika kereta api melintas dapat dikurangkan. Dan rel kereta api pun tidak cepat rosak dan boleh digunakan untuk masa yang lama.
3. Fungsi seterusnya iaitu untuk menahan dan melancarkan aliran air di semasa hujan. Fungsi ini berperanan untuk mencegah berlakunya hakisan tanah atau hakisan pada tanah di sekitar rel kereta api.
4. Dan yang terkini, batu kerikil juga berfungsi untuk menghalang tumbuhnya rumput di sekitar rel. Tumbuhnya rumput di sekitar rel boleh dapat secara langsung atau tidak langsung menyebabkan penggemburan tanah di bawahnya. Perkara ini tentunya dapat membahayakan kerana jika tanah di bawah rel tidak stabil maka akan dapat membahayakan perjalanan kereta api.
Memang, ada kedudukan-kedudukan tertentu tidak perlu batu kerikil, seperti landasan kereta api yang terdapat di atas jambatan atau jalan raya. Perkara ini terjadi kerana semua fungsi dari batu kerikil tadi sudah diambil alih fungsinya oleh mekanisme lain.
Jambatan sudah dirancang khusus sedemikian rupa supaya dapat menahan getaran yang akan terjadi yang dihasilkan ketika kereta melintas. Demikian pun dengan rel kereta yang terdapat pada jalan raya, jalan tar telah menggantikan peranan batu kerikil dengan baik. Sehingga pada tempat-tempat tersebut, tidak diperlukan lagi batu kerikil untuk diletakkan di bawah rel kereta ap
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com