Adsense Link 728 X 15;

Followers

Awas penipuan IPO Facebook

Posted by Haluan Kiri Wednesday, May 23, 2012 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300

KUALA LUMPUR - Jika anda ditawarkan akses eksklusif kepada langganan saham IPO Facebook, besar kemungkinan ia satu penipuan, kata Symantec.
Symantec Security Response baru-baru ini mengesan 419 mesej penipuan yang menawarkan "CADANGAN USAHA SAMA LANGGANAN (IPO) FACEBOOK".
Penggunaan semua huruf besar merupakan contoh biasa 419 penipuan itu, katanya.
Ia didakwa dihantar oleh sebuah firma kewangan di pelbagai lokasi di seluruh dunia. Bentuk sebenar penipuan itu tidak jelas. Penipuan itu menyebut pinjaman wang menerusi terma "mudah" dan murah hati untuk membeli saham-saham Facebook dan menjualnya semula kepada syarikat pada harga yang lebih tinggi berbanding harga pembelian asal.
Symantec berkata, petunjuk jelas ia merupakan penipuan ialah berdasarkan alamat untuk membalas e-mel.
"Ia merupakan alamat yang agak amatur yang menggunakan e-mel berasaskan web percuma yang biasa.
"Syarikat yang sah sudah pasti akan menggunakan alamat e-mel domain sendiri dan bukan alamat berasaskan web percuma," katanya.
Alamat e-mel dan nama pada tajuk "daripada" mesej itu juga berbeza daripada alamat e-mel dan nama yang digunakan dalam isi mesej.
Berdasarkan kedudukan profil tinggi IPO ini, Symantec menjangkakan golongan penipu akan mengambil kesempatan dan menggunakan cara yang sama yang mereka lakukan pada berita dan acara sebelum ini. - BERNAMA
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com