Adsense Link 728 X 15;

Followers

Yusof dan Fauzi: Masa Umno sudah tiba

Posted by Haluan Kiri Tuesday, May 22, 2012 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300
KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Peguamcara Negara, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menjadi peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyertaan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Fauzi Shaari ke dalam  PAS menunjukkan masa Umno hancur sudah tiba. 

Demikian kata anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming menerusi twitternya hari ini.

Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin juga mempunyai pendapat yang sama.

"Tanda kehancuran Umno," katanya juga menerusi twitternya.

Datuk Yusof, bekas ketua pendakwaraya kes Liwat II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejutkan banyak pihak hari ini apabila bertindak menjadi peguam kepada Anwar dalam kes Bersih 3.0.

Datuk Fauzi, bekas orang nombor tiga dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula pada Ahad lepas menyerahkan borang permohonan menyertai PAS.

Borang itu diserahkan sendiri oleh beliau kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di hadapan lebih 5,000 penyokong Pakatan Rakyat.

Majlis penyerahan borang itu diadakan di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Larut dekat sini, iaitu di kawasan kampung halaman Fauzi.
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com