Skip to main content

APPLE RANCANG SAMAN SAMSUNG SEKALI LAGI – SASAR GALAXY S3

apple menang saman
Selepas mendapat kemenangan besar ke atas pesaingnya, Apple kini sedang mengatur beberapa lagi kes ke atas Samsung melibatkan pengambilan teknologi inovatif milik syarikat dari Amerika Syarikat itu.
Ia termasuk kes terhadap produk Galaxy S III yang didakwa terlibat dalam pelanggaran paten Apple.
Februari lalu, Apple mendakwa sekurang-kurangnya 17 produk Samsung telah meniru patennya.
Susulan itu, semalam, Apple telah menambah empat lagi produk dalam senarai tersebut di Mahkamah Persekutuan San Jose.
Wakil Samsung bagaimanapun belum memberikan sebarang ulasan berhubung isu tersebut.
Jumaat lepas, Apple memenangi kes saman ke atas Samsung dalam kes berasingan selepas juri mendapati syarikat dari Korea Selatan itu telah meniru produk popularnya iaitu iPhone dan iPad.
Keputusan itu membolehkan Apple mendapat pampasan sebanyak lebih RM 3 bilion ringgit akibat kemusnahan yang dialaminya.
Ia juga diputuskan selepas setahun kedua-dua pihak melalui proses perbicaraan.
Selain itu, Apple turut memohon pampasan sebanyak lebih RM3 juta daripada produk-produk Samsung yang dijual di Jepun dengan dakwaan mencuri teknologi pemindahan fail muzik dan video.
Namun dakwaan Apple bahawa Samsung mencuri teknologinya itu telah ditolak oleh mahkamah Jepun.

Comments