Skip to main content

Siri bercakap depan cermin



Tidak tertahan rasanya loya di tekak apabila membaca tuduhan Ketua UMNO Pulau Pinang, kononnya kerajaan negeri lah yang bersalah ‘meniup kebencian’ sehingga mengakibatkan para penyokong parti-parti politik bertindak ganas dan melampau. Selain rasa loya yang tidak terbendung, rasa geli di buah pinggang juga turut menjadi-jadi.

Dalam laporan akhbar Sinar Harian, yang kemudiannya dipetik laporan Malaysiakini, Ketua UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman telah berkata, “Apabila kebencian itu ditiup setiap hari, ia menimbulkan perasaan kebencian rakyat kepada UMNO dan BN, pada tahap melepas batasan sehingga penyokong bertindak baling cat”.

Eh nanti sat. Siapa yang kena baling cat? UMNO ka?

Tambah menggelikan buah pinggang ialah ayat berikutnya, “Pemimpin politik dinasihatkan supaya memberi tumpuan menceritakan polisi parti, matlamat perjuangan, rancangan-rancangan demi kebaikan rakyat, bukannya meniup kebencian kepada mana-mana pihak yang boleh mengundang kemarahan dalam kalangan penyokong.”

Ini macam bercakap dengan cermin. Ini petanda sakit kepala otak. Sakit yang macam ini, ubatnya hanyalah duduk diam-diam di rumah dan main galah panjang.

Kita pastinya masih teringat kepada perbuatan-perbuatan gila yang dilakukan penyokong UMNO di Pulau Pinang, termasuk yang mahu hadiahkan kek berbentuk tahi dan keranda kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Itu belum kira kerja merepek mat-mat rempit yang buat ramai di hadapan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sambil membawa slogan “LGE rasis. Kami nak litar lumba.”

Sakit puak-puak ni. Punyalah sakitnya sampai menyangka dirinya mangsa walaupun yang kena baling cat itu ialah ibu pejabat DAP, pusat khidmat ADUN DAP dan yang paling meriah, bas kempen Merdeka Rakyat.
UMNO kah yang jadi mangsa?

Awat yang dok meroyan tak tentu hala ni pasai apa?

Comments