Skip to main content

Naib Canselor UM larang bacaan doa dalam majlis rasmi?


Naib Canselor Universiti Malaya, GHAUTH JASMON telah mengeluarkan surat pekeliling kepada semua staff dan rektor-rektor UM tentang larangan membaca DOA selamat dan digantikan dengan bacaan Al-Fatihah dalam majlis rasmi! Ini surat arahan rasmi sebagai bukti. 

Klik gambar untuk besarkan imej

Penetapan ini seolah-olah satu larangan supaya doa tidak lagi dibacakan dalam majlis-majlis rasmi yang dihadiri oleh NC dan segala aktiviti-aktiviti yang diadakan di UM.

Tindakan 
yang dicetuskan oleh NC UM ini jelas dapat dipertikaikan kerana sepatutnya perkara yang diamalkan sebelum ini dalam majlis-majlis rasmi UM boleh diberi kelonggaran iaitu tidak semestinya suatu majlis itu memerlukan bacaan doa selamat dan doa penutup berdasarkan tujuan dan fungsi majlis tadi.


Jadi tidak salah jika dikatakan tindakan baharu yang dicetuskan oleh NC UM ini merupakan susulan kepada pelbagai tindakan yang penuh kontroversi yang dipertikaikan oleh pentadbir UM yang pernah bekerja di bawah NC yang sebelumnya dan NC sekarang.

Apa pendapat anda?

Comments