Skip to main content

Penggempur Perkasa (Preview Man Utd vs Barcalona)

pix_middle


Seronok dan teruja. Inilah antara perasaan yang penulis rasa menjelang pertemuan 2 gergasi kelab bola sepak eropah iaitu Barcelona dan Man Utd. Kehangatan perlawanan kali ini bukan sahaja dirasai di eropah malah penulis dapat rasakan kehangatan ini sudah merebak ke seluruh dunia tatkala 2 gergasi ini bertembung. 

Apa yang menarik tentang kedua-dua kelab ini adalah kelab ini (Barca & Man Utd) mempunyai peminat yang sangat ramai sama ada di Malaysia mahupun di luar negara. Apa yang terjadi pagi ini ( 2.45pagi) sejurus selepas sepak mula bermula merupakan satu titik sejarah yang bersama-sama kita saksikan dan mungkin akan menjadi kayu ukur dalam  menentukan sejauh mana kekuatan pasukan tersebut. 

Kehebatan skill individu sebenarnya bukanlah kunci kejayaan sesuatu kumpulan tetapi "team work" sebenarnya yang teramat penting di mana kita dapat melihat pasukan Real Madrid  dengan dibarisi pemain yang hebat-hebat tempoh hari di belasah Barca. Sebelum kita berkunjung ke Wembley pagi nanti ayuh kita lihat siapakah tunjang utama kekuatan kedua-dua pasukan ini.


PROFIL 

NAMA: Lionel Messi 
POSISI: Penyerang 
TARIKH LAHIR (UMUR): 24 Jun 1987 (23) 
ASAL: Argentina 
KELAB: Barcelona (Sepanyol) 
TINGGI: 169cm 
BERAT: 67kg 

1. Dilahirkan di Rosario, Argentina, bakat istimewa Lionel Messi dikesan seawal usia muda oleh Barcelona yang membawanya ke Sepanyol dan menerima rawatan khusus bagi mengatasi masalah kekurangan hormon tumbesaran.


2. Dibesarkan di akademi Barca, Messi menjadi pemain paling muda muncul di liga, pada usia 17 tahun 114 hari ketika beraksi menentang Espanyol pada 16 Oktober 2004.


3. Dia menjuarai gelaran berganda Liga dan Liga Juara-Juara pada musim 2005/06 tetapi jarang diturunkan sehinggalah pada musim berikutnya ketika namanya meraih perhatian dengan jaringan hatrik dalam perlawanan El Clasico menentang Real Madrid (3-3). 
4. Messi menjuarai Piala Dunia bawah 20 tahun 2005 dan Sukan Olimpik 2008 mewakili Argentina, dia juga menjadi pemain termuda mewakili negaranya dalam Piala Dunia, pada edisi 2006. 
5. Berjaya memadamkan pencapaian sebelum ini dengan musim cemerlang 2008/09 bersama Barcelona dengan memenangi setiap kejohanan yang dimenangi kelab itu dan mencatat 38 gol termasuk sembilan dalam Liga Juara-Juara, satu daripadanya adalah ketika menewaskan Manchester United pada perlawanan akhir. 


6. Dia menamatkan musim 2009 dengan jaringan kemenangan pada masa tambahan dalam perlawanan akhir Piala Dunia Kelab Fifa dan menyapu bersih anugerah utama individu iaitu Pemain Terbaik Dunia Fifa dan Ballon d’Or. 


7. Messi menjadi pemain Barca termuda menjaringkan 100 gol apabila menjaringkan gol ke atas Sevilla FC dalam Liga pada 16 Januari 2010, menamatkan musim dengan satu lagi gelaran liga dan 47 gol dalam semua kejohanan, jumlah yang turut membabitkan tiga hatrik dan empat gol ke atas Arsenal dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara. 


8. Dia melepasi 100 gol liga bersama Barcelona dengan menjaringkan hatrik ketika menewaskan UD Almeria, 8-0 pada 20 November 2010, menyamai rekod kemenangan Azulgana dalam liga di tempat lawan. 


9. Dia juga menjadi penjaring terbanyak Barcelona dalam satu musim, meninggalkan Ronaldo yang sebelum ini memegang rekod itu pada musim 1996/97 apabila menjaringkan gol ke-48 pada musim 2010/11 ketika menentang Shakhtar Donetsk pada perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara. 

PROFIL 

NAMA: Wayne Rooney 
POSISI: Penyerang 
TARIKH LAHIR (UMUR): 24 Oktober 1985 (25) 
ASAL: England 
KELAB: Manchester United (England) 
TINGGI: 176cm 
BERAT: 86kg

1. Dilahirkan di Liverpool, Wayne Rooney menyertai Everton ketika berusia 10 tahun dan tampil dalam kesebelasan utama pada usia 16 tahun, menjadi penjaring termuda Liga Perdana Inggeris apabila menjaringkan gol pertamanya pada minit terakhir ketika menentang Arsenal, Oktober 2002, lima hari sebelum hari lahir ke-17. 


2. Dia menjadi pemain termuda pernah menyertai skuad England dengan penampilan sulung pada 12 Februari 2003 ketika menentang Australia, kemudiannya menjaringkan empat gol pada Euro 2004 sebelum meninggalkan padang dengan kecederaan ibu jari kaki, pada perlawanan suku akhir menentang Portugal. 


3. Rooney menjadi pemain remaja paling mahal di dunia apabila meninggalkan Everton untuk menyertai United pada 2004 dan menjaringkan hatrik pada penampilan sulung peringkat kumpulan Liga Juara-Juara ketika perlawanan menentang Fenerbahce, 6-2. 


4. Dia memenangi trofi pertamanya bersama United dalam Piala Liga 2006 apabila menjaringkan dua gol pada perlawanan akhir, menewaskan Wigan Athletic 4-0 sebelum membantu pasukannya meraih hatrik Liga Perdana Inggeris dan kemenangan perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Chelsea pada musim 2007/08. 


5. Menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan akhir Piala Dunia Kelab Fifa 2008 tetapi tidak dapat melengkapkan musim 2008/09 dengan kejayaan di Eropah apabila United tewas kepada Barcelona di Rome. 


6. Rooney cedera dan dibuang padang pada Piala Dunia 2006 tetapi menjaringkan sembilan gol untuk skuad Fabio Capello ketika kelayakan Piala Dunia 2010. Bagaimanapun dia gagal menghasilkan sebarang jaringan pada pusingan akhir, menyaksikan England tersingkir pada pusingan 16 pasukan terakhir. 


7. Dia menjaringkan 25 gol sepanjang musim 2009/10, dan jaringan ke-100nya hadir sewaktu kemenangan 3-1 ke atas Arsenal pada 31 Januari, ketika United tampil naib juara Liga Perdana Inggeris di belakang Chelsea. 


8. Rooney mengalami kecederaan buku lali pada perlawanan separuh akhir ketika menentang Bayern Munich, sebalik melakukan jaringan awal, iaitu jaringan terakhir sewaktu permainan bersama kelabnya sehingga 3 Januari 2011 dengan kemenangan 2-1 ke atas West Bromwich Albion. 


9. Penyerang itu kemudiannya bersetuju menandatangani kontrak baru bersama United pada Oktober 2010, beberapa hari selepas dia menghantar permohonan untuk berpindah, menjaringkan gol pada perlawanan kedua terakhir liga musim ini di Blackburn (1-1) yang memastikan United meraih kejuaraan liga ke-19. 


p/s: Kedua-dua pasukan merupakan fav team bagi HK(penulis). Masalah besar bagi HK adalah HK tak tau nak sokong mane pagi nanti. Apa-apa pun team mana yang menang pagi nanti HK tetap iktiraf pasukan tersebut adalah pasukan terbaik.

Comments

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-