Adsense Link 728 X 15;

Followers

Lagi berita & Gambar Terbaru Kejadian Tanah Runtuh Hulu Langat

Posted by Haluan Kiri Saturday, May 21, 2011 2 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300

KAJANG: Lima mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh di RumahPersatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu.
Polis memaklumkan sehingga pukul 8 malam, sembilan lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun.
Sebanyak 10 mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu. Terdahulu, sehingga pukul 7 malam, anggota bomba dan penduduk berjaya menyelamatkan tujuh mangsa yang terdiri daripada enam pelajar berusia antara 11 dan 17 tahun serta seorang penjaga di rumah anak yatim berkenaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada satu sidang akhbar di sini berkata, 14 mangsa masih terperangkap dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui.
Beliau berkata rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja.
Dalam insiden malang itu, sebanyak 25 orang terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi mangsa.
Tambahnya, kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.
"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri," katanya.
Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.
Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.
Ekoran itu, bangunan setingkat itu musnah sama sekali dan sebuah surau berdekatan turut terkena runtuhan tanah itu.

Sementara itu, Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata, operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat sehingga pukul 7 petang ini.
Terdahulu, menurut Ahli Parlimen Hulu Langat, Che Rosli Che Mat, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung mengeluarkan mayat dan mangsa yang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kajang.-mStar















Adsense Content. bottom of article

2 comments:

goldfinger said...

mengalir air mata melihat mereka..

Anonymous said...

semasa hidup tiada siapa pedulikan mereka waimma waris mereka sehingga mereka terpaksa duduk di rumah anak yatim.. Bila dah tekorban, kerajaan nak bayar pula sumbangan 10k kepada waris mereka yg selama ni tak pernah pedulikan mereka. Untuk kakitangan rumah anak yatim yang terkorban memang wajar sumbangan diberikan kerena mungkin waris bergantung dengan mereka yang selama ini mencari rezeki dgn bekerja di rumah anak yatim tersebut , tapi untuk anak yatim yg selama hayat tak pernah diperdulikan oleh waris mereka, saya rasa lebih baik kerajaan guna duit tersebut untuk bina rumah anak yatim yang lebih selamat bagi menjaga anak-anak yatim terbiar tiada siapa atau waris yang sudi nak jaga...

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com