Skip to main content

Video sembang rakyat : Siapakah mereka???

Baru baru ini satu klip video di youtube dilaporkan mengatakan DAP sebagai berkomplot dengan tauke tauke bagi menaikkan harga barang supaya rakyat marah kepada kerajaan BN dan seterusnya menjatuhkan BN pada PRU13 nanti. Video ini telah diuploadkan oleh seorang yang bergelar Kawasaki9722.

Kualiti video tersebut adalah amat berkualiti dan seperti dihasilkan oleh mereka yang professional dibidang perfileman (tetapi kandungan video amat tidak berkualiti) yang dipercayai dirakam dengan peralatan set pengambaran professional untuk drama TV atau filem.



Jadi, setelah menonton beberapa video yang diupload oleh Kawasaki9722, saya terjumpa satu video yang pada tarikh upload saya percaya antara video terawal di uploadkan olehKawasaki9722 bertajuk "SUARA RAKYAT MENOLAK demirakyat.org" iaitu video jawapan kepada video pro Pakatan di www.demorakyat.org. Didalam video ini, saya mengagak ia memaparkan mereka mereka yang terlibat didalam pembikinan 51 video video "suara Rakyat" yang diupload oleh Kawasaki9722 menerusi temuramah yang disiarkan atau setidak tidaknya mereka mengetahui siapa yang membikinkannya. Siapakah mereka ? Mereka kebanyakannya adalah terdiri dari PERSATUAN PENERBIT TELEVISYEN MALAYSIA (PTVM) - dan antara posting di blog mereka adalah bertajuk "Artis Jangan terlibat Perhimpunan Bersih". Antara yang ditemuramah adalah

1. Taha Wahid - setiausaha PTVM. (mengikut carian google, tiada banyak maklumat dapat diperlolehi kecuali facebook beliau dan beliau adalah seorang pelakon drama.

2. Jurey Rosli - Presiden PTVM dan presiden GAFIM. Beberapa maklumat mengenai beliau boleh diperlolehi di facebook beliauhttp://jomss.blogspot.com/2010/03/biodata-gambar-jurey-latiff-rosli.html dan http://www.blogger.com/profile/05237176083739457162 dan juga blog PTVM tadi.

3. Kay Maria seorang pelakon dan penyanyi . dan mempunyai 1 akaun Facebook.

Pada mulanya mereka memaparkan beberpa pelakon berwatak mamat, Dollah, Lim dan Seng, serta Thamby, tetapi kemudiannya diganti oleh watak watak golongan muda beberapa gadis dan pemuda yang saya rasakan adalah mereka yang baru mahu berkecimpung didalam bidang lakonan ini. Pada video yang terbaru ini turut dipaparkan alamat website "suara1rakyat.com" dimana alamat yang betul adalahhttp://www.wix.com/suara1rakyat/0.

Facebook page suara1rakyat pula adalah di http://www.facebook.com/suara1rakyatdimana pada ruangan "page owners" pula didapati ianya dimiliki oleh pengguna facebook "suara rakyat".

Daripada maklumat ini, saya mengagak video video 'Sembang Rakyat' tersebut dihasilkan secara professional mungkin dari arahan kementerian Rais yatim/RTM ataupun atas inisiatif Persatuan Penerbit televisyen Malaysia untuk membodek RTM dan kerajaan.






 
Sumber: anak_perelih's

Comments