Skip to main content

Kisah Ahmad Nisfu Mati Daif Dan Keseorangan

Kisah Ahmad Nisfu Mati Daif Dan Keseorangan
Peminat filem Melayu terutama dari era Tan Sri P. Ramlee pasti mengenali Ahmad Nisfu.
Mungkin bukan seorang pelakon yang kacak, tetapi pastinya seorang pelakon yang sangat berbakat.
Dalam kita mengangkat dan mengagungkan yang sudah pun berada di puncak,namun kita terlupa dengan sekian insan-insan seni yang dahulunya membuat kita ketawa terbahak-bahak tapi masa memamah nama insan seni itu dan terus tenggelam ditelan arus berzaman.
Dan mungkin ramai yang tidak tahu, penghujung hidup pelakon itu nyata berbeza sekali dari watak-watak orang kaya dipegangnya dalam sebahagian filem-filemnya.
Anda pasti pernah dengar dialog ini bukan;
“Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tu tetap menjadi pojaan hati ku..”
Itu adalah petikan dialog Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapok yang ditujukan kepada ‘tuan director’ lakonan Ahmad Nisfu.
Mengikut arwah Norizan, bekas isteri kepada P. Ramlee (dalam satu rancangan tv), Ahmad Nisfu merupakan antara teman rapat kepada P.Ramlee.
Buktinya cukup nyata apabila sewaktu kemeriahan studio Jalan Ampas dahulu, setiap filem arahan P.Ramlee, Ahmad Nisfu boleh dikatakan kerap terlibat sama dan memegang watak agak besar.
Gelaran Paq Besaq (Pak Besar) juga telah diberikan kepada Ahmad Nesfu oleh P. Ramlee kerana lubang hidung Ahmad Nisfu yang besar.
Kisah Ahmad Nisfu Mati Daif Dan Keseorangan
Pelakon yang berasal dari Tanjong Tokong, Pulau Pinang itu pada awalnya ialah seorang pelakon bangsawan tetapi telah dilamar oleh Shaw Brothers untuk terlibat sama dalam produksi sebagai pelakon filem.
Dari situ bermulalah kerjaya Ahmad Nisfu sebagai pelakon filem.
Walaupun memegang watak-watak yang kecil, Ahmad Nisfu adalah seorang yang sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya terlalu kecil. Hakikatnya, wang saku yang diperoleh digunakan untuk menyara dirinya sahaja kerana Ahmad Nisfu adalah sebatang kara, tiada saudara mara, keluarga dan juga isteri.
Aktiviti sosial Ahmad Nisfu hanyalah beramal di masjid di kawasan beliau tinggal dan juga di sekitar studio Jalan Ampas. Ahmad Nisfu dikhabarkan seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang bilal di masjid di tempat beliau menetap dahulu.
Berikut pula, sedutan dari artikel yang dikongsi oleh penulis yang lain..
Setelah tidak bermain wayang lagi, Ahmad Nisfu sering berada di kedai kopi di persimpangan Joo Chiat, Geylang Road dan Changi Road.
Kedai kopi itu juga dulunya tempat ‘extras’ Shaw dan Cathay berkumpul. Sering juga mereka diambil sebagai ‘pak pacak’ dengan gaji $5.00 ringgit sehari!

Selain meluangkan masa di situ, beliau sering ke seberang jalan untuk menikmati ‘sup kambing’ kegemarannya. Kedai mamak sup itu terletak di lorong masuk ke restoran Osman Ghani yang terkenal di Geylang Serai dengan ‘kari ikan’ dan ‘dalca rusuk kambing’nya.
Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam di Masjid Onan Road (sudah tiada lagi – tapaknya diambil oleh Muslim Convert Association).
Pernah satu kali, kami anak anak nakal, waktu sembahyang berimamkan Ahmad Nisfu, sedang dalam rukun, kami menyanyi perlahan-lahan sesama sendiri “Pura Cendana! Pura Cendana!” sambil menggigil-gigil menahan ketawa.
Habis sembahyang, tak sempat cium tangannya, kami diperambat hingga keluar masjid! “Korang usik aku ya!!! setan!!!”Itulah pengalaman nakal saya bersama ‘Raja Alam Syahbana, raja negeri Pura Cendana’.
Mungkin kerana keuzuran beliau tidak lama menjadi imam di situ. Seperti sudah berputus asa, beliau hidup berteduh di kubu Jepun di Jalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah di Jalan Nanas off Geylang Serai.
Lama juga beliau tinggal bersendirian di situ di bawah ikhsan orang kampung sekeliling. Tidak lama kemudian beliau meninggal dunia, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam penuh kedaifan.. - totokreturn
Kisah Ahmad Nisfu Mati Daif Dan Keseorangan
Filem-filem lakonan Allahyarham;
1959
Nujum Pak Belalang
Musang Berjanggut
Pendekar Bujang Lapok

1960
Antara Dua Darjat

1961
Seniman Bujang Lapok

1962
Ibu Mertuaku
Laila Majnun
Siti Muslihat
Tun Fatimah

1963
Nasib Si Labu Labi

1964
Tiga Abdul
Madu Tiga

1966
Dua Kali Lima

Lain-lain
Bunga Tanjung
A Go Go 67 (1967)
Filem Puaka (1970)
Mat Karung Guni (1971)

Comments