Adsense Link 728 X 15;

Followers

USM Digemparkan Dengan Satu Notis Palsu

Posted by Haluan Kiri Saturday, October 20, 2012 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300

PULAU PINANG - Kontroversi berkenaan satu notis palsu yang dimomokkan dikeluarkan oleh Universiti Sains Malaysia sedang hangat diperkatakan di laman sosial Twitter.

Notis palsu itu dipercayai bertujuan untuk memburukkan nama USM oleh pihak yang tidak dapat dikenalpasti identitinya dan kini menjadi 'trending' di laman sosial berkenaan beberapa jam yang lalu.

Perkara itu menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan mahasiswa USM khasnya yang menganggap perkara itu sebagai satu usaha tidak bermoral pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan nama baik USM sebagai salah sebuah universiti yang terbaik di Malaysia.

Respon terhadap isu berkenaan,Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia,Muhammad Ammar' Bin Mohd Aziz mengeluarkan satu kenyataan berbunyi

"Assalaualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Muhammad Ammar'

Respon berkenaan isu sebuah notis yang telah menggunakan nama Universiti Sains Malaysia (USM) yang tersebar di Facebook, Twitter dan Instagram, saya ingin menegaskan bahawa ia merupakan satu notis palsu. 

Malah, jika diperhatikan, sememangnya wujud bukti yang mengatakan notis tersebut adalah palsu dan "diedit" dengan jelas oleh pihak-pihak tertentu. Selaku sebuah institusi yang dipandang tinggi oleh masysrakat, isu ini tidak seharusnya dijadikan bahan fitnah dan jenaka oleh mana-mana pihak. Justeru, saya mohon kepada semua, khususnya rakan-rakan mahasiswa/i agar bertenang dan dapat menilai notis tersebut secara rasional dan matang. Sekian, terima kasih.

Tinjuan di laman sosial Twitter turut mendapati mahasiswa USM memohon agar pihak berwajib menyiasat perkara ini dan menjatuhakan hukuman yang setimpal kepada pihak yang menyebarkan notis palsu berkenaan.Berita lanjut akan menyusul
Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com