Adsense Link 728 X 15;

Followers

Pekida lonjakkan kutipan KL Gangster?

Posted by Haluan Kiri Sunday, June 19, 2011 0 comments
Adsense Content. recommended 336 X 300

Filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof telah mencetuskan kontroversi apabila dikaitkan dengan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) - NGO Melayu-Islam yang sering dianggap sebagai kumpulan samseng "tiga line".

Namun, di balik semua itu, ia langsung tidak menjejaskan jumlah kutupannya di pawagam.


Baru empat hari ditayangkan, KL Gangster sudah pun meraih kutipan sebanyak RM6.2 juta, sekali gus dilihat mampu menempatkan diri antara filem paling laku dalam sejarah Malaysia.

Sesetengah pihak beranggapan, apa yang tercetus ini sedikit sebanyak membantu meraih penonton ke panggung.

Pekida dilaporkan mahu menyaman Syamsul kerana watak-watak dalam filem genre aksi itu menggunakan perkataan seperti "abang long" dan "ayahanda"yang dikatakan ada kena mengena dengan Pekida.

"Lu abang long ka, ayahanda ka, gua punya wang, KL ini gua pegang."

Ini antara dialog yang digunakan oleh watak jahat utama Shark (lakonan Syamsul) ketika ingin bergaduh. Ia dianggap menggugat sensitiviti sesetengah pihak.

Meskipun ia dianggap bahasa kasar yang sekadar hiburan, namun masih terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan apa yang dipaparkan.

Tiada undang-undang

Sehari selepas ditayangkan di pawagam, Pekida terus melenting dan memberikan tempoh tujuh hari kepada pengarah filem itu meminta maaf secara terbuka. Namun pengarah muda ini mahu berbincang terlebih dahulu.

Beliau juga menyarankan supaya meminta pihak yang tidak berpuas hati supaya menonton sendiri filem kelimanya itu kerana ia turut mengangkat eleman persaudaraan.

Bagaimanapun, daripada sudut yang lain, KL Gangster merupakan filem aksi Melayu pertama yang berani mengetengahkan aksi kumpulan samseng secara realistik selain berjaya menyelit elemen kritikan sosial.

Selain itu, filem ini mempunyai jalan cerita yang tidak meleret-leret dan menumpukan kepada aksi lagak ngeri dan sedikit pun tidak menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI).

Bagi pengkritik, filem itu banyak menceduk semangat filem-filem samseng Hong Kong, tetapi 'peniruan' gaya itu dilakukan dengan cemerlang oleh Syamsul.
Adegan gasaknya tidak janggal dan tidak nampak dibuat-buat.

Bagi penulis sendiri, kelemahan filem itu terserlah apabila undang-undang seolah-olah tidak wujud di ibu negara ini kerana ketika berlakunya pergelutan, pihak polis tidak langsung terlibat.

Pihak penguatkuasa hanya dipaparkan menbunyikan siren dan memerhati dari jauh semata-mata. Hal ini kemungkinan boleh mempengaruhi kegiatan gangsterisme.


Cinta cengeng

KL Gangster mengisahkan Malek (Aaron Aziz) ingin mengubah hidupnya serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap pimpinan King (Rizuan Hasim) setelah dibebaskan daripada penjara.

Bagaimapun, hasrat itu tidak mudah apabila anggota kongsi gelap masih cuba menariknya kembali ke dalam kumpulan itu.

Malah, ibu dan adiknya juga tidak dapat hidup selesa kerana sering diganggu oleh kumpulan samseng.

Dalam filem itu juga, Shamsul dilihat gagal memainkan wataknnya dengan baik. Bagaimanapun, penampilan watak konco-konconya berjaya menyelamatkan keadaan dan mengembangkan perjalanan cerita filem itu dengan baik.

Kredit harus diberikan kepada Ady Putra yang membawakan watak Jai dengan mantap.

Penonton juga diperkenalkan kepada watak 'putih' yang sering tertindas seperti Zeti, adik perempuan Malik, ibunya serta watak komedi Fadil yang dilakonkan dengan baik oleh pelawak Zizan.

Di sebalik aksi-aksi ganas, filem itu bagaimanapun masih cuba mengekalkan kesopanannya dengan tidak memuatkan babak cinta cengeng dan aksi-aksi berunsur seks yang keterlaluan.


Ulasan:


HK baru tonton filem ni semalam dan secara jujur HK bagi tau yang filem ni adalah filem terbaik yang HK pernah tonton bagi kategori filem Malaysia. 


Jalan cerita yang ringkas membuatkan para penonton senang untuk mengikuti setiap babak. Watak Jai lakonan Adi Putra memang berkesan pada HK kerana lakonan yang dimainkan beliau cukup mantap dan professional.


Tentang isu saman ni (yang sebenarnya mereka sudah berdamai) pada HK mereka (Pekida) juga telah membuktikan secara langsung bahawa mereka adalah kumpulan gangster di KL bak kata pepatah melayu siapa makan cili dia yang terasa pedasnya! Apa kata anda?

Adsense Content. bottom of article

0 comments:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang menyalahi undang-undang negara. Semua komen yang dibuat adalah milik peribadi dan tiada kena mengena dengan pihak admin. Admin berhak membuang/delete komen yang berunsur hasutan dan tidak beretika.
-HK-

Penafian

1. Segala artikel di blog ini adalah sekadar perkongsian pengalaman dan informasi sahaja. Ia bukan nasihat rasmi atau akan berkesan atau berguna untuk pembaca.

2. Segala praktik yang pembaca lakukan melalui pembacaan sesuatu artikel di blog ini adalah di bawah tanggungjawab pembaca itu sendiri sama hasilnya untung atau rugi. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya.

3. Tidak dijamin segala artikel di blog ini memberikan hasil seperti mana yang dinyatakan. Terdapat banyak faktor yang menentukannya.

4. Segala komen yang diberikan oleh pembaca adalah di bawah tanggungjawab mereka sendiri jika ia melanggar undang-undang negara. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atasnya atau ke atas individu tersebut.

Sekian untuk makluman dan tindakan anda. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan bolehlah dihantar ke email beralamat haluankiri86@gmail.com